Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersalaman bersama ketua jabatan dan penjawat awam pada majlis berbuka puasa di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Shah Alam pada 22 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB: Penjawat awam perlu miliki sifat daya tahan, bingkas laksana tugas

SHAH ALAM, 22 MAC: Dato’ Menteri Besar menitipkan pesanan kepada penjawat awam di Selangor agar sentiasa memiliki sifat berdaya tahan dan bingkas meski berada dalam bulan Ramadan.

Dato’ Seri Amirudin Shari berharap program yang dirancang juga tidak melemahkan penjawat awam dalam melaksanakan tanggungjawab atau tugas hakiki masing-masing.

“Walaupun berdepan pelbagai cabaran kita harus bingkas, bergerak pantas meski dalam keadaan kita berpuasa 12 jam dan tidak ketinggalan kita juga perlu tahan uji dengan cabaran permintaan dan sikap komuniti,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan ucapan pada majlis berbuka puasa bersama ketua jabatan dan penjawat awam Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Shah Alam pada 22 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Dato’ Menteri Besar bersama Ketua Jabatan dan Penjawat Awam Selangor di Dewan Raja Muda Musa di sini hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin berharap pertemuan hari ini dapat mengukuhkan lagi ikatan pimpinan negeri bersama penjawat awam.

“Semoga majlis ini dapat mengukuhkan ikatan persaudaraan dan persamaan yang telah kita gembleng selama ini untuk meneruskan agenda kita pada masa hadapan,” tambahnya.

Terdahulu, kira-kira 1,500 ketua jabatan dan penjawat awam Selangor berbuka puasa bersama Dato’ Menteri Besar.


Pengarang :