Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Manfaat pancaindera sebagai alat menimba ilmu (VIDEO)

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 22 MAC: Pendengaran dan penglihatan boleh menjadi alat kepada ilmu, kebaikan setiap umat Islam seperti di dalam ayat 78 Surah an-Nahl.

Demikian kata Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ketika menghuraikan ayat 78 Surah an-Nahl yang dibaca qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid.

“Allah SWT beri perumpamaan ini cukup teratur. Contoh, Allah SWT sebut pendengaran, baru penglihatan kerana besarnya deria ini, telinga yang mendengar berfungsi terlebih dahulu untuk menilai keseluruhan cerita sebelum melihat.

“Ambil contoh bayi di dalam rahim seorang ibu. Bayi boleh mendengar apa yang diungkap ibu seperti mengaji, bercakap dan sebagainya.

“Di dalam ayat ini juga mengajar kita untuk berakhlak baik di tempat orang. Jadikan seperti lebah yang membina sarang dan hasilkan madu, perumpamaan itu memperlihat umat Islam perlu berbuat baik di mana pun kita berada.

“Apabila kita hidupkan hati nurani supaya semua benda Allah SWT buat kita pandang dengan pandangan hikmah, insya-Allah bermanfaat untuk kita,” katanya.

Tangkap layar qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid dalam rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan

Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan dipancar melalui media sosial  Amirudin ShariMedia Selangor dan TV Al-Hijrah.

Sementara itu, Amirudin turut menitipkan nasihat kepada seluruh umat Islam untuk menggunakan pendengaran, mata untuk dapatkan ilmu yang dinilai daripada akal dan hati nurani manusia.

“Insya-Allah, kalau hati kita dididik dengan betul sebagaimana dalam perbincangan sebelum ini ada seketul daging baik ia maka baiklah semua.

“Baik kita semua, Insya-Allah baiklah negeri dan negara kita. Semoga kita mendapat manfaat yang baik sepanjang Ramadan dengan melatih jiwa dan amal kita seterusnya mendapat keampunan Allah SWT,” katanya.

Berikut episod Tadabbur al-Quran terdahulu yang boleh diikuti:

Episod 1: terus berbuat amal kebaikan
Episod 2: mohon petunjuk dan ilham
Episod 3: ilmu dan adab asas kehidupan
Episod 4: jaga hati, ubah diri ke arah lebih baik
Episod 5: amanah, cerita kebenaran
Episod 6: bersatu hati, elak pertikaian
Episod 7: ilmu datang dari pelbagai arah
Episod 8: kepentingan akal membuat keputusan, jalani kehidupan
Episod 9: wajib berbakti kepada ibu bapa
Episod 10: berdoa agar amalan diterima Allah


Pengarang :