Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan baucar kepada peserta ketika program Jom Shopping Hari Raya Aidilfitiri anjuran DUN Sungai Tua di Pasaraya Sri Ternak, Selayang Baru, Gombak pada 31 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Negeri tawar pelbagai program kebajikan, pastikan semua pihak terima manfaat

GOMBAK, 31 MAC: Iltizam Selangor Penyayang (ISP) yang menawarkan pelbagai program kebajikan dilaksana bagi memastikan semua lapisan masyarakat menikmati hasil negeri.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata antara program yang mendapat perhatian adalah agihan baucar Jom Shopping setiap kali musim perayaan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika program Jom Shopping Aidilfitiri anjuran DUN Sungai Tua di Pasaraya Sri Ternak, Selayang Baru, Gombak pada 31 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Program ini (Jom Shopping) adalah bawah ISP dan kita anjurkan dengan niat supaya rakyat rasa dihargai dan dapat menikmati kehidupan sama seperti orang lain.

“Sebab itu Kerajaan Negeri memikirkan, kepada yang memerlukan kita berikan sokongan. Kepada yang memerlukan sokongan tertentu seperti perniagaan, juga ada programnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan baucar Jom Shopping peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua di Pasaraya Sri Ternak, Selayang di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, seramai 600 penduduk menerima baucar RM200 sempena sambutan Aidilfitri yang boleh ditebus di Pasaraya Sri Ternak mulai hari ini.

Sementara itu, suri rumah Nur Ain Nor Hisham, 33, gembira kerana julung kali terpilih sebagai penerima baucar Jom Shopping sekali gus meringankan perbelanjaan menjelang Aidilfitri.

Suri Rumah Nur Ain Nor Hisham 33 bersama suami mendapatkan barangan keperluan ketika program Jom Shopping Hari Raya Aidilfitiri anjuran DUN Sungai Tua di Pasaraya Sri Ternak, Selayang Baru, Gombak pada 31 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Saya beli barangan untuk bawa balik ke kampung suami di Sarawak. Di sana banyak barangan yang lebih mahal harganya berbanding di semenanjung dan ia benar-benar membantu kami sekeluarga.

“Tambahan pula sekarang ini kami juga amalkan penjimatan jadi baucar ini secara tidak langsung amat membantu kami sekeluarga,” katanya yang hadir bersama suaminya, Jolman Johari, 40.

Bagi pesakit buah pinggang, Nazri Zahari, 40, beliau bersyukur kerana dapat memberi barangan keperluan harian khususnya makanan yang lebih enak untuk dua anaknya.

Nazri Zahari 40 membeli barangan keperluan ketika program Jom Shopping Hari Raya Aidilfitiri anjuran DUN Sungai Tua di Pasaraya Sri Ternak, Selayang Baru, Gombak pada 31 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Syukur sangat dapat baucar ini. Banyak yang saya beli untuk makanan anak-anak. Saya sudah tidak bekerja, jadi baucar ini amat bermakna untuk kami sekeluarga,” katanya yang akan pulang beraya di kampung halaman di Yan, Kedah.


Pengarang :