Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Lembah Jaya di Taman Sri Bayu, Ampang Jaya pada 17 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Permatang, Dengkil antara tujuh lokasi jualan murah hujung minggu ini

SHAH ALAM, 29 MAC: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menawarkan barangan asas pada harga murah diadakan di tiga tempat esok.

Bermula 9 pagi, jualan diadakan di pejabat MPKK Kg Raja Musa (Permatang), Medan Selera Wira Seafood (Gombak Setia) dan tapak futsal Kompleks PKNS Bangi (Sungai Ramal).

Jualan murah diteruskan pada 31 Mac (Ahad) di Balai Raya Kampung Batu Belah (Bandar Baru Klang), Surau Nurul Iman Subang Suria (Kota Damansara), Dewan Orang Ramai Taman Gemilang (Dengkil) dan padi pukal parit 7, ban 3 (Sekinchan).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Pada tahun lalu, PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :