Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan merasmikan masjid ketika majlis perasmian masjid, berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Aidilfitri di Masjid Darul Ehsan, Ampang Jaya pada 26 Mac 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sultan rasmi Masjid Darul Ehsan, serah sumbangan Aidilfitri kepada asnaf

AMPANG JAYA, 27 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan merasmikan Masjid Darul Ehsan di sini, semalam.

Keberangkatan tiba Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin disambut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Masjid sempena nama negeri Selangor Darul Ehsan itu dibina di kawasan seluas 3.4 ekar melibatkan kos RM8 juta serta mampu menampung sehingga 1,000 jemaah.

Pada majlis itu, Sultan Selangor turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM230,000 kepada 110 asnaf fakir, 273 miskin dan 77 saudara baharu sekitar daerah itu.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada penerima ketika majlis perasmian masjid, berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Aidilfitri di Masjid Darul Ehsan, Ampang Jaya pada 26 Mac 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM9.56 juta dari syarikat Nuemera Malaysia Sdn Bhd (RM4.03 juta), Pembinaan Mohd Nazir Meraslam Sdn Bhd (RM2.28 juta), Jakel Trading Sdn Bhd (RM1.15 juta), Respected Citizen Sdn Bhd (RM1.1 juta) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (RM1 juta).

Sementara itu, Pegawai Daerah Nor Azlina Abdul Aziz ketika sembah ucapan memaklumkan terdapat 322 institusi agama Islam dibangunkan di Gombak melibatkan 46 masjid dan 270 surau.

“Sebanyak 47 buah surau dibenar mendirikan solat Jumaat bagi menampung keperluan kariah setempat.

“Daripada keseluruhan 46 masjid, terdapat 3 masjid sedang dibina iaitu Masjid Matang Pagar di Sungai Buluh, Masjid Itti-faqiah di Taman Seri Gombak dan Masjid Al-Hikmah Batu 20 di Kuang,” katanya.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada penerima ketika majlis perasmian masjid, berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Aidilfitri di Masjid Darul Ehsan, Ampang Jaya pada 26 Mac 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima sumbangan zakat perniagaan ketika majlis perasmian masjid, berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Aidilfitri di Masjid Darul Ehsan, Ampang Jaya pada 26 Mac 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima cenderahati daripada Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika majlis perasmian masjid, berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Aidilfitri di Masjid Darul Ehsan, Ampang Jaya pada 26 Mac 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :