EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin pada Majlis berbuka puasa bersama media di Restoran Chandat @ Terapung, Shah Alam pada 01 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO: Tiada laporan strok haba, ambil langkah waspada ketika cuaca panas

SHAH ALAM, 2 APRIL : Kerajaan Negeri tidak menerima sebarang laporan berhubung kes strok haba di Selangor setakat ini.

EXCO Kesihatan Awam berkata pihaknya sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk memantau keadaan cuaca.

Menurut Jamaliah Jamaluddin kerjasama dan mesyuarat berkaitan perkara tersebut turut melibatkan Unit Bencana Negeri dan Unit Perancang Ekonomi Negeri.

“Cuaca sekarang memang tidak menentu dan ada kemungkinan boleh terjadinya strok haba namun buat masa ini kita tidak menerima sebarang laporan daripada JAS.

“Kita juga telah mengadakan beberapa kali mesyuarat, sekiranya ada kes strok haba kita ada kapasiti atau tindakan susulan untuk mengatasinya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Pengamal Media di Restoran Chandat@Terapung di sini, semalam.

EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin menyampaikan (tengah) bergambar bersama pengamal media yang hadir pada majlis berbuka puasa bersama media di Restoran Chandat @ Terapung, Shah Alam pada 1 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Bagaimanapun, Jamaliah turut menasihatkan orang awam untuk sentiasa mengambil langkah berwaspada terutama ketika musim perayaan.

“Setakat ini keadaan masih terkawal cuma saya nasihatkan masyarakat kerap minum air kosong dan sentiasa membawa payung sekiranya cuaca terlalu panas.

“Selain itu, kalau boleh elakkan berkunjung ke kawasan yang terlalu sesak dan panas ketika menjelang musim perayaan ini, pastikan ambil langkah berjaga-jaga,” ujarnya.

 


Pengarang :