Penduduk tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas pada harga murah ketika program Jualan Mega Ehsan Rahmah Aidiladha Parlimen Sepang di Pantai Batu Laut, Kuala Langat pada 24 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah Aidilfitri di lima DUN hujung minggu ini, sedia 1,500 ayam

SHAH ALAM, 3 APRIL: Sebanyak 1,500 ayam disedia pada Jualan Ehsan Rahmah (JER) Mega Aidilfitri setiap lokasi di lima Dewan Undangan Negeri (DUN) terpilih hujung minggu ini.

Ketua pegawai eksekutif kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berkata jualan istimewa itu berlangsung di Pandan Indah, Sabak Bernam, Sungai Tua, Tanjung Sepat dan Kuala Kubu Bharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi

“Kita akan membawa 1,500 ekor ayam, 500 pek ikan dan daging, 600 papan telur dan beras serta 144 botol minyak masak di setiap lokasi jualan mega pada Sabtu dan Ahad ini.

“Selain enam barangan keperluan asas ini, kita juga turut membawa pelbagai makanan kering lain bagi membantu orang ramai buat persiapan menyambut Hari Raya,” kata Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi.

Menurutnya, JER yang bermula 9 pagi menawarkan ayam, daging dan telur pada harga RM10, manakala ikan RM6 satu pek, beras 5kg RM13 dan minyak 5kg RM25 sebotol.

Berikut lokasi dan tarikh jualan:

Sabtu (6 April)

1. DUN Pandan Indah
Dataran Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam

2. DUN Sabak
Stesen Bas Pekan Sabak

Ahad ( 7 April)

3. DUN Sungai Tua
Gua Damai Extreme Park, Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves

4. DUN Tanjung Sepat
Dataran Pantai Batu Laut

5.⁠ DUN Kuala Kubu Bharu
Jalan Ara 5 JRD Batang Kali (berdekatan Dewan Abdul Hamid Batang Kali)


Pengarang :