Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bersama Menteri Pendidikan Tinggi Dato Seri Zambry Abdul Kadir (dua, kiri) dan calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao (tengah) beramah mesra bersama jentera Kerajaan Perpaduan pada Majlis Bacaan Yassin dan Ramah Mesra Penduduk Batu 30 di Taman Perumahan Batu 30 Batang Kali, Hulu Selangor pada 30 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Pelbagai inisiatif tingkat taraf hidup rakyat, negeri tekad noktahkan miskin tegar

HULU SELANGOR, 30 APRIL: Kerajaan Negeri tekad menoktahkan isu kemiskinan tegar dalam kalangan masyarakat seiring usaha Kerajaan Perpaduan.

Dato’ Menteri Besar berkata pelbagai inisiatif dilaksana bagi menaik taraf kehidupan rakyat termasuklah Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS).

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan mahu menoktahkan miskin tegar dan sejak lebih setahun usaha itu, sebanyak 88 peratus berjaya turunkan biarpun tidak mencapai angka ‘zero’.

“Kita akan berusaha kurangkan kadar miskin tegar biarpun ada pihak yang gelak dan mengatakan ia mustahil,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata demikian Ketika ditemui pada program walkabout di Kuala Kubu Bharu di sini, hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) berucap ketika hadir pada Majlis Bacaan Yassin dan Ramah Mesra Penduduk Batu 30 di Taman Perumahan Batu 30 Batang Kali, Hulu Selangor pada 30 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Terdahulu, Amirudin hadir ke majlis bacaan Yasin di kediaman Sapiah Masan yang kehilangan suami bulan lalu di Taman Batu 30, Ulu Yam Lama.

Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi Dato’ Seri Zambry Abdul Kadir dan Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad.

Januari lalu, Anwar menyuarakan keyakinan bahawa isu miskin tegar di Selangor dapat diuruskan dengan baik dan mampu diselesaikan di bawah kepimpinan kerajaan sedia ada.

Menurutnya, masalah itu dapat diuruskan susulan hasil (pendapatan) negeri itu baik.


Pengarang :