AGENDANASIONAL

Sabak Bernam, Gombak, Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 11 malam

SHAH ALAM, 15 APRIL: Hujan lebat dan ribut petir diramal melanda Sabak Bernam, Gombak dan Hulu Langat hingga 11 malam.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) cuaca sama dijangka melanda Kuala Lumpur dan Melaka selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan.

Menurut MetMalaysia amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :