Kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memasukkan kerusi roda ke dalam van diubah suai yang disediakan secara percuma untuk orang kurang upaya (OKU) mendapatkan rawatan hospital dan pusat perubatan terpilih. Foto ihsan MBSA
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Khidmat van percuma bawa OKU, warga emas ke lapan pusat perubatan terpilih

SHAH ALAM, 15 APRIL: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan pengangkutan percuma kepada warga emas untuk mendapatkan rawatan di lapan hospital dan pusat perubatan terpilih.

Pihak berkuasa tempatan itu di Facebook memaklumkan perkhidmatan sama turut ditawarkan kepada pemegang kad orang kurang upaya (OKU) dari Isnin hingga Jumaat, bermula 8.30 pagi hingga 5 Petang.

Setakat ini, sebanyak dua unit van yang diubah suai bersesuaian dengan keperluan OKU disediakan bagi tujuan itu selain satu unit Proton Exora untuk membawa warga emas.

Berikut lapan hospital dan pusat perubatan terpilih:

  • Hospital Shah Alam
  • Klinik Kesihatan Seksyen 7
  • Klinik Kesihatan Seksyen 19
  • Klinik Kesihatan Bukit Kuda
  • Hospital Tengku Ampuan Rahimah
  • Hospital Besar Sungai Buloh
  • Klinik Kesihatan Sungai Buloh
  • Pusat Perubatan Universiti Malaya

Tempahan bagi perkhidmatan itu perlu dibuat dua minggu awal dengan menghubungi Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA di talian 03- 5522 2732 atau 03-55105133 sambungan 1381.

 


Pengarang :