Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao ketika sesi ‘walkabout’ beramah mesra bersama penduduk orang asli di Kampung Tun Abdul Razak, Hulu Selangor pada 29 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Wakil rakyat Orang Asli yakin penduduk peribumi sokong Kerajaan Perpaduan di KKB

HULU SELANGOR, 30 APRIL: Wakil rakyat Orang Asli pertama negara yakin golongan itu memberi undi penuh kepada calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan egeri DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).

Datuk Ramli Md Nor berkata sejarah membuktikan Orang Asli amat setia kepada Barisan Nasional (BN) selain mendengar serta mengikut saranan yang dibuat pemimpin mereka.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Md Nor ketika sesi ‘walkabout’ beramah mesra bersama penduduk orang asli di Kampung Tun Abdul Razak, Hulu Selangor pada 29 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Saya tidak mahu cakap besar, kalau ikut sejarah pengundi Orang Asli dengan BN berpisah tiada. Saya mahu masyarakat saya di sini beri undi kepada calon Kerajaan Perpaduan.

“Saya percaya orang saya (Orang Asli) tidak pernah gagal untuk mengikut kata pemimpin. Kami adalah kelompok yang setia,” kata Ahli Parlimen Cameron Highlands itu ketika ditemui pemberita semalam.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao dalam program ramah mesra bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Tun Abdul Razak di sini.

Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao ketika sesi ‘walkabout’ beramah mesra bersama penduduk orang asli di Kampung Tun Abdul Razak , Hulu Selangor pada 29 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Ramli yang juga Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat menasihatkan Orang Asli khususnya golongan belia supaya tidak mudah terpengaruh dengan media sosial seperti aplikasi TikTok.

Beliau turut berharap seramai 1,279 pengundi Orang Asli yang menghuni tujuh kampung di DUN KKB dapat menunaikan tanggungjawab pada 11 Mei ini.

“Saya harap suku kaum Temuan di Kuala Kubu Bharu ini jangan sesekali lupa kesetiaan kita. Pangkah calon Kerajaan Perpaduan kerana kita adalah kawan,” katanya.

Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao ketika sesi ‘walkabout’ beramah mesra bersama penduduk orang asli di Kampung Tun Abdul Razak , Hulu Selangor pada 29 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

PRK DUN KKB diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK berkenaan pada 11 Mei ini dan 27 April sebagai hari penamaan calon.

Hari pengundian awal pula ditetapkan 7 Mei ini dengan tempoh berkempen selama 14 hari.


Pengarang :