Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi menyerahkan sumbangan kepada pelawak Ebby Yus pada 8 Mei 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim
AGENDANASIONAL

Anwar sampaikan sumbangan kepada Ebby Yus, doakan terus kuat, segera sembuh

KUALA LUMPUR, 9 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon dan pelawak Ebby Yus untuk kegunaan harian dan perubatannya.

Hantaran di media sosial Anwar hari ini memaklumkan sumbangan itu disampaikan melalui Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi semalam ketika menziarahi Ebby yang sedang menderita akibat pelbagai komplikasi penyakit kronik, sekali gus menghadkan penglibatannya dalam dunia seni.

“Mendoakan agar beliau terus kuat dan dikurniakan afiyah sesegera mungkin, Insya-Allah,” kata Anwar dalam hantaran itu.

Disember lalu Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 58, dilaporkan menjalani pembedahan memasukkan perentak jantung susulan menghadapi masalah lemah jantung.

– BERNAMA


Pengarang :