EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin bertemu peserta program saringan kesihatan percuma selepas merasmikan majlis penutup Program Karnival Prihatin @ Kuala Langat di The Arc @ Bandar Rimbayu, Kuala Langat pada 17 Februari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Jom sertai saringan kesihatan percuma esok, mula 9 pagi

SHAH ALAM, 10 MEI : Orang ramai khususnya penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang dipelawa hadir ke program Selangor Saring esok.

EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin berkata pemeriksaan kesihatan percuma itu bermula jam 9 pagi hingga 3 petang di Dewan Serbaguna MPAJ AU5, di sini.

“Ambil peluang ini untuk melakukan saringan kesihatan percuma bagi pemeriksaan fizikal, darah, urin, kanser, mata, gigi dan lain-lain.

“Anda digalak membuat pra pendaftaran menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) kerana penilaian faktor risiko setiap individu melalui borang saringan awal di aplikasi tersebut.

“Hubungi Selcare di talian 1800226600 jika mengalami sebarang masalah berkaitan pendaftaran,” katanya menerusi Facebook.

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2024, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma.

Program diperkenal bagi membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal dengan menyasar individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

 


Pengarang :