SHAH ALAM, 8 MEI: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memberi jaminan kebajikan rakyat berbilang kaum termasuk masyarakat India sentiasa menjadi keutamaan pentadbiran negeri demi memastikan tiada golongan terpinggir.
Setiausaha akhbarnya Jay Jay Denis berkata pengerusi Pakatan Harapan itu mengulangi tekad tersebut dalam pertemuan dengan pemimpin masyarakat India di Pejabat Penyelaras Parlimen Hulu Selangor hari ini.
Antara program untuk meningkatkan pendapatan masyarakat India ialah Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan (Blueprint) dan Pembangunan Usahawan India Selangor (Sitham).
Malah, bagi meringankan beban keluarga, pentadbiran negeri juga membelanjakan sejumlah RM1.1 juta untuk program Subsidi Tambang Bas Sekolah kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
Bagi mendorong pelajar untuk berjaya, program Tusiyen Rakyat Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) diperkenal yang memanfaatkan semua kaum.
Bantuan tahunan turut disalurkan kepada sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) bagi menjamin keselesaan pelajar.