Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Ceramah Mega Perpaduan menjelang PRK Kuala Kubu Baharu di Stadium Mini Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor pada 9 Mei 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Pilih calon Perpaduan, manifesto bakal bantu generasi masa depan

HULU SELANGOR, 10 MEI: Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor menyifatkan manifeto calon Kerajaan Perpaduan yang berasas lima teras bakal memanfaatkan rakyat khususnya generasi masa depan.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata tawaran dikemukan Pang Sock Tao bukan hanya sekadar mahu menang sebaliknya mahu memastikan kebajikan penduduk terjamin terutama aspek ekonomi.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Ceramah Mega Perpaduan menjelang PRK Kuala Kubu Baharu di Stadium Mini Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor pada 9 Mei 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Bila lihat dan teliti menifesto yang dibentang minggu lalu, saya rasa beliau bukan nak menang sahaja tetapi juga nak teruskan kerja baik dibuat mendiang Lee Kee Hiong.

“Ini juga nak memastikan rakyat serta generasi masa depan terjamin. Inilah pemimpin yang kita nak pilih. Bukan yang tak tahu semua benda. Tanya pendidikan, hutang tak nak jawab.

“Tanya pendidikan jawab tak tahu. Kalau masuk dewan (Dewan Negeri Selangor), semua dia jawab tak tahu,” katanya berucap di Ceramah Mega Perpaduan menjelang pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) malam tadi.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama calon Kerajaan Perpaduan selepas Ceramah Mega Perpaduan menjelang PRK Kuala Kubu Baharu di Stadium Mini Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor pada 9 Mei 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Minggu lalu, Sock Tao,31,membentang manifesto yang memuatkan pelbagai usaha bagi membela penduduk KKB jika terpilih sebagai wakil rakyat.

Tawaran berkenaan berteras ekonomi, kemudahan awam, kesejahteraan rakyat, alam sekitar serta warisan dan budaya.

Sock Tao dicalonkan pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) KKB, Sabtu ini susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, akibat barah pada 21 Mac.

Beliau berdepan saingan empat penjuru antara calon Perikatan Nasional Khairul Azhari Saut, Hafizah Zainudin dari Parti Rakyat Malaysia dan Nyau Ke Xin (Bebas).

DUN tersebut memiliki 40,226 pengundi terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang tidak hadir luar negara.


Pengarang :