Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama kanak-kanak selepas solat Jumaat di Masjid Taman Putra Perdana, Sepang pada 17 Februari 2023. Turut hadir Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPENDAPATRENCANA

Dari pelajar hingga warga emas, aneka bantuan tampung sara hidup

Dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Oktober 2023, Belanjawan 2024 memperuntuk RM393.8 bilion yang menyasar usaha menyokong ekonomi rakyat, khususnya golongan rentan.

Program bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah inisiatif Payung Rahmah paling mendapat tumpuan. Edisi lepas memperincikan manfaat STR dan SARA untuk rakyat pendapatan rendah.

Selain dua program berkenaan, terdapat juga inisiatif lain yang memberi manfaat kepada peniaga kecil dan sederhana, petani dan nelayan, orang kurang upaya (OKU) dan golongan muda termasuk pelajar.

Program yang disusun dalam belanjawan kedua Kerajaan Perpaduan bertema Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat mampu merealisasikan hasrat membasmi kemiskinan dan mengukuh negara.

Belanjawan pertama oleh perdana menteri berjumlah RM388.1 bilion dibentangkan 24 Februari tahun lepas. Sebelum itu, Belanjawan 2023 dibentangkan kerajaan terdahulu pada 7 Oktober 2022 memperuntukkan RM372.3 bilion.

Bagaimanapun, ia tidak sempat dibahas dan dilulus susulan pembubaran parlimen pada 10 Oktober yang memberi laluan kepada pilihan raya umum 2022. Wartawan FARIDZWAN ABDUL GHAFAR menyorot sebahagian program belanjawan persekutuan 2024 yang menyokong ekonomi rakyat.

 

 


Pengarang :