SHAH ALAM, 7 MEI: Dato’ Menteri Besar berharap Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia, Batang Kali yang telah bertapak sekian lama di negeri ini dikekalkan dan menjadi warisan turun-temurun.
Justeru, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri sentiasa menyokong usaha untuk memartabatkan seni mempertahankan diri pertubuhan berkenaan.
“Saya berbesar hati dijemput dan diberi kesempatan untuk menyerahkan bengkung kepada anak-anak pelatih Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia, Batang Kali.
“Tahniah kepada semua pelatih yang menerima bengkung yang telah lulus ujian kenaikan bengkung,” katanya menerusi Facebook.
Difahamkan, Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia, Batang Kali bertapak lebih 20 tahun dan masih terus aktif melaksanakan pelbagai aktiviti.