Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Meru di Taman Dato’ Bandar, Klang pada 16 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Paya Jaras, Dengkil antara lapan lokasi jualan murah hujung minggu ini

SHAH ALAM, 9 MEI: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dijadual berlangsung di lapan lokasi hujung minggu ini.

Menurut poster di Facebook PKPS, Jualan Ehsan Rahmah (JER) pada Sabtu diadakan di Kg Matang Pagar (Paya Jaras), Hajar Seafood Kuang (Kuang), Balairaya Taman Cempaka Sari, Fasa 3 (Sementa) dan Balairaya Jenderam Hilir/Dewan Terbuka Taman Desa (Dengkil).

Manakala pada 12 Mei (Ahad) jualan murah diadakan di tapak parkir Padang Taman Kosas, Surau Khairiah – tapak pasar Taman Maznah (Sentosa), Greenville, Bandar Tasik Puteri (Kuang) dan pos 1, Taman Desa Vista BBST (Sg Pelek).

Inisiatif jualan murah itu menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri pada tahun lepas.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

 


Pengarang :