Keterangan gambar (atas kiri, ikut arah jam) : jambatan Sungai Batang Kali, jambatan Sungai Kerling, Perpustakaan Awam Kuala Kubu Bharu, Masjid Kampung Melayu Rasa, kolam air panas, pasar awam Kuala Kubu Bharu
BERITA UTAMAPENDAPATRENCANA

Penduduk KKB akui kemudahan awam bertambah, ‘kiblat pun tepat’

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) terus pesat membangun. Pelbagai kemudahan awam dan prasarana dinaik taraf dan ditambah baik untuk manfaat orang ramai.

Kemudahan seperti masjid, pasar, perpustakaan awam dan jambatan mula dipertingkat sejak Lee Kee Hiong menang pada 2013.

Wartawan NAZLI IBRAHIM dan ZAREEF MUZAMMIL mendapat reaksi positif penduduk mengenai kepesatan pembangunan di kawasan berkenaan ketika meninjau ke DUN terbabit pada 29 dan 30 April.

Masjid Kampung Melayu Rasa

“Masjid lama sudah banyak kerosakan. Paling ketara, arah kiblat tidak berapa tepat, ada senget sikit. Maklumlah orang dulu-dulu tidak cukup kelengkapan, dia ikut guna pakai pacak tiang untuk cari arah kiblat tetapi syukur masjid baharu ini kiblat kita pun sudah tepat berbanding yang lama.”

Kamarudin Abu Samah, 59, imam masjid Kampung Melayu Rasa

“Selesa dan luas. Solat Jumaat, apa yang awak tengok, macam inilah, selesa. Solat raya itu setahun sekali sahaja. Tempat letak kereta pun setakat ini cukup. Keadaan dalam sekarang dah ada penghawa dingin dan kipas besar cukup selesa.”

Shaharuddin Md Din, 70, pesara

Jambatan Sungai Batang Kali

“Selepas dinaik taraf lalu lintas lebih lancar perjalanan. Sebelum ini hari biasa pun sesak. Sekarang kesesakan kenderaan hari biasa dah kurang banyak. Cuma kalau boleh tambah baik jalan-jalan sedia ada kalau ada yang rosak dan sebagainya.”

Zuraimi Mohd Rashid, 48, kakitangan bank

“Dari segi kesesakan lalu lintas sekarang sudah jauh lebih baik, tidak macam dahulu. Cuma lampu isyarat agak cepat sebab bila kita hendak keluar dari sini ke simpang ke Batang Kali agak susah sebab kereta banyak tetapi yang lain-lain itu bertambah baik”

Nur Erlysha Azra Mohammad Amirul Hisham, 21, pekerja kedai serbaneka

Pasar Awam Kuala Kubu Bharu

“Lagi nampak kemas, cantik, selesa dan nampak lagi okey. Memudahkan lebih ramai pelanggan datang sebab sudah cantik, kemas. Nampak jauh berbeza dengan dulu. Dulu panas sekarang sudah ada kipas besar yang cantik.”

Priya Philip, 35, peniaga telur

“Dulu longkang tersumbat sekarang sudah tidak lagi. Dulu tikus pun banyak tetapi sekarang tempat tikus menyorok sudah tidak ada. Tugas kita sama-sama jaga kemudahan yang diberi ini.”

How Yoke Hwong, 56, peniaga cenderhati

Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Kubu Bharu

“Kemudahannya cukup baik dengan komputer, pencetak, internet dan buku-buku rujukan sudah tentulah. Tempat seperti ini memang sesuai untuk saya cari idea dan rehatkan minda juga. Kadang-kadang saya buat temu janji dengan anak guam, saya suruh datang sini. Mereka terkejut, eh, selesanya tempat ini, lain kali boleh datang.”

Wan Muhd Khomeni Wan Md Shariff, 45, peguam

“Dulu tempatnya agak kecil dan tiada pemisah untuk tempat cerita tetapi sekarang sudah ada. Masa cuti sekolah banyak program ada di sini. Ibu bapa boleh tinggalkan anak di sini dengan senang hati sebab selamat di sini. Anak-anak berseronok di sini. Dulu ruang tidak banyak, jadi tidak banyak aktiviti dapat diadakan berbanding sekarang.”

Thana Letchumi Kupusamy, 59, guru tadika

Kemudahan awam

“Pembangunan yang saya nampak di sini, banyaklah kemudahannya seperti bas percuma dari Bukit Beruntung ke Kuala Kubu Bharu. Hulu Yam pergi ke Sungai Buaya. Saya nampak pembangunan yang pesatlah. Macam kemudahan tu, memang mudahlah. Macam sekolah, sekolah agama. masjid, memang banyak sangatlah kemudahan.”

Mohd Ghani Veerankutty, 51, peniaga

“Perancangan pembangunan memang cepat betullah. Dengan rumah kedai yang banyak, dengan macam-macamlah ada dekat sini. Alhamdulillah, memang terbaik (kemudahan infrastruktur) seperti jalan, pengangkutan, perkhidmatan semua ada di sini.”

Muhamad Ridzuan Adam, 54, bekerja sendiri

Pengarang :