AGENDANASIONAL

Tiga daerah di Selangor, Kuala Lumpur diramal hujan hingga 7 malam

SHAH ALAM, 21 JUN: Tiga daerah di Selangor iaitu Gombak, Petaling dan Hulu Langat serta Kuala Lumpur dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir serta angin kencang hingga jam 7 malam ini.

“Amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang turut membabitkan Bentong dan Bera di Pahang; Jelebu dan Jempol di Negeri Sembilan; Limbang, Sarawak; Telupid, Beluran dan Sandakan di Sabah,” kata
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook.

Menurut MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :