Anugerah pelajar cemerlang PKNS

Badan Islam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyediakan insentif kepada kakitangan dan ahli keluarga yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan 2013 ekoran menyedari peranan pendidikan adalah elemen penting dalam mencorak pembangunan negara.

Insentif berbentuk hadiah saguhati yang keseluruhannya bernilai RM44,000 itu diberikan kepada 119 orang kakitangan dan anak kakitangan yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), 9A bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR), 11A bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), diploma, sarjana muda serta sarjana.


Pengarang :