MPK pantau kebersihan dan keselamatan bazar Ramadan

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 JUN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) sentiasa memantau keadaan bazar Ramadan sekitar kawasan itu bagi memastikan kebersihan dan keselamatan pengguna terjamin.

Yang Dipertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin, berkata pemantauan itu menekankan beberapa aspek keselamatan makanan termasuk memastikan pengendali makanan mendapat suntikan pelalian anti tifoid, kebersihan dan amalan pengendalian manakan serta tahap kebersihan gerai peniaga.

YDP MPKBeliau berkata, selain pemeriksaan dijalankan, MPK juga giat menjalankan beberapa aktiviti promosi berkenaan keselamatan dan kebersihan makanan.

“Aktiviti promosi yang diadakan bertujuan mendidik pengguna untuk sentiasa peka berkenaan aspek kebersihan dan keselamatan makanan semasa membeli dan memilih makanan di bazar Ramadan untuk mengelakkan keracunan.

“MPK sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam keselamatan makanan dan pemeriksaan ini juga bermatlamat memastikan makanan disediakan atau dijual adalah selamat dan mematuhi kehendak Akta Makanan 1983,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Yasid turut menasihatkan orang ramai menggunakan kuasa pembeli yang ada dengan hanya membeli makanan di premis makanan bersih.

“Kebijaksanaan pembeli terhadap pemilihan makanan yang selamat dan bersih turut memainkan peranan dalam mengurangkan kejadian keracunan makanan,” katanya.

-AA-


Pengarang :