Nazzab Hidzan: Padang Arena MPSJ capai piawaian FIFA

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 9 JUN : Bekas penyarung jersi The Red Giants, Nazzab Hidzan berpuas hati dengan keadaan padang baru di Arena MPSJ yang baru memulakan operasinya, 1 Jun lalu.

Beliau berkata, berbanding keadaan sebelumnya, permukaan padang baru lebih berkualiti dan mencapai standart Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Nazzab Hidzan“Keadaan padang cukup cantik dan kualitinya mencapai piawaian FIFA dengan penarafan dua bintang.

“Sekarang semua stadium di seluruh dunia menggunakan padang jenis ‘Artificial’ seperti yang digunakan padang Arena ini,” katanya.

Nazzab berkata, penggunaan padang jenis Artificial itu juga mampu memudahkan pemain beraksi walaupun dalam keadaan hujan lebat.

“Padang sebelum ini daripada jenis rumput biasa dan beralaskan tanah, memang agar sukar kerana sekiranya hujan lebat, keadaan padang akan lembik.

“Saya sendiri pernah beraksi di atas padang itu,” katanya menerusi temubual dipaparkan Facebook rasmi MPSJ, pagi ini.

ARENA MPSJSebelum ini, kemudahan Arena MPSJ ditambahbaik dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan yang terus memberikan manfaat jangka panjang kepada penduduk setempat.

Ia termasuklah kemudahan padang baru dan trek balapan, sesuai untuk aktiviti sukan masyarakat sekitar perbandaran Subang Jaya.

-nR-


Pengarang :