Netizen ‘bengang’ PDRM gagal tangani jenayah seks kanak-kanak

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 9 JUN: Orang awam melahirkan kemarahan di media sosial susulan kegagalan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangani kes jenayah seks pedofil membabitkan 23 kanak-kanak, baru-baru ini.

Menulis di Facebook, Izzati Izzati mempersoal peranan polis dalam memastikan jaminan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak khususnya ketika berada di persekitaran luar rumah.

“Ini kes serius. Macam mana nak lindungi kanak-kanak sedangkan kita sedar mereka ini tidak punya keberanian untuk mengadu selepas menjadi mangsa?

1“Pihak bertangunggjawab perlu mengambil langkah proaktif menyelesaikan kes ini. Perlu lebih prihatin terhadap keselamatan kanak-kanak,” tulisnya.

Sementara itu, Nurul Haida Murad berkata, pesalah jenayah pedofil perlu dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman setimpal atas tindakannya.

“Jangan biarkan kes ini berlanjutan, pesalah harus dibawa ke muka pengadilan kerana ini adalah hak wanita dan kanak-kanak.

“Ini kes pencabulan dan melibatkan maruah kanak-kanak,” katanya.

Sementara itu, Mohd Azrul Falskaler pula berkata jenayah seumpama itu berlaku ekoran kelemahan sistem keselamatan negara.

2“Kelemahan sistem Malaysia sebab gagal kesan (pesalah). Negara majulah katakan,” sindirnya.

Baru-baru ini, lelaki warga Britain, Richard Huckle ditahan pihak berkuasa atas dakwaan jenayah seks yang dilakukannya terhadap kanak-kanak seusia enam bulan.

Ketika ditahan, Huckle didapati memiliki 20,000 gambar serangan seksual di komputernya selain memuat naik gambar itu ke laman sesawang gelap dan sering digunakan untuk kegiatan haram.

Huckle kini menghadapi 91 pertuduhan, termasuk 23 serangan seks ke atas kanak-kanak di sekitar Kuala Lumpur.

-AA-


Pengarang :