Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari melawat dan menyampaikan makanan kepada petugas barisan hadapan di kawasan PKPD Selayang Baru, Gombak pada 1 Mei 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI Balai Penghulu Mukim Batu, Gombak pada 1 Mei 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Usaha perangi Covid-19 belum selesai

SHAH ALAM, 12 MEI: Dato’ Menteri Besar Selangor mengajak seluruh masyarakat terus memerangi Covid-19 walaupun banyak kawasan telah diisytihar sebagai zon hijau.

“Walaupun sebanyak 94.4 peratus mukim, bahagian, zon, sub-zon dan presint di seluruh negara kini dikategorikan sebagai zon hijau, namun usaha kita memerangi Covid-19 masih perlu diteruskan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter malam ini.

Selangor merekodkan tiga kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,610 kes.

Mukim Batu di Gombak bertambah baik kepada zon kuning hari ini menjadikan semua mukim di Selangor berjaya keluar daripada zon merah.

Negara pula merekodkan 16 kes Covid-19 hari ini, iaitu terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Daripada jumlah tersebut sembilan kes membabitkan warga asing.


Pengarang :