Petugas KKM memasuki kawasan sekitar perkampungan di Chow Kit untuk memanggil penduduk melakukan saringan Covid -19 bagi membendung wabak tersebut ketika tinjauan pada 7 Mei 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

25,156 warga asing disaring – Dr Noor Hisham

SHAH ALAM, 12 MEI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat ini sudah menyaring 25,156 warga asing bagi mengesan jangkitan Covid-19, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu seramai 1,211 orang didapati positif dan empat kematian dicatatkan.

“Setakat ini, sebanyak 25,156 orang (warga asing) kita saring. Yang positif 1,211 kes bersamaan 4.8 peratus.

“Daripada jumlah itu, pesakit dalam rawatan di hospital ada sejumlah 495 orang iaitu bersamaan 50.9 peratus. Tiga kes sedang dirawat di ICU (unit rawatan rapi) bersamaan 0.6 peratus.

“Mereka yang pulih sepenuhnya 712 kes bersamaan 58.8 peratus dan juga membabitkan empat kematian dalam kalangan bukan warga negara setakat ini,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini.


Pengarang :