Petugas Kesihatan Selcare menganalisis sampel Covid-19 ketika Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di Dewan Orang Ramai Titiwangsa, Hulu Langat pada 10 Mei 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jangkitan Covid-19 melonjak kepada 7,289 kes, tertinggi sejak pandemik

SHAH ALAM, 25 MEI: Jangkitan Covid-19 kian melonjak dengan mencatat 7,289 kes hari ini, tertinggi sejak pandemik selepas mencatat lebih 6,000 kes enam hari berturut-turut.

Semalam, Malaysia merekodkan 6,509 kes, manakala 6,976 kes pada Ahad, Sabtu (6,320), Jumaat (6,493), Khamis (6,806) dan Rabu (6,075).

Ketua pengarah kesihatan menerusi Twitter memaklumkan daripada jumlah itu, Selangor kekal tertinggi iaitu 2,642 kes diikuti Johor (664), Kuala Lumpur (604) dan Sarawak (513).

Tan Sri Dr Noor Hishah Abdullah menjelaskan Kelantan (425), Negeri Sembilan (410), Pulau Pinang (380), Kedah (336), Terengganu (268), Sabah (266), Melaka (258) dan Pahang (211).

Negeri dan wilayah lain yang mencatat bawah 100 kes Covid-19 iaitu Labuan (63), Putrajaya (23) dan Perlis (8).


Pengarang :