Selangorkini
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) Mohd Hasry Nor Mohd (kiri) ketika mengunjungi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Kuala Kubu Bharu pada 24 Januari 2022. Foto Facebook MPHS
BERITA UTAMA PBT SELANGOR

MPHS serah alat bantuan mengajar untuk kegunaan kanak-kanak OKU

SHAH ALAM, 25 JAN: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyerahkan alat bantuan mengajar dan fisioterapi kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kuala Kubu Bharu semalam.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata lapan PDK lain di daerah itu turut menerima alatan sama menerusi Program Anugerah Khas orang kelainan upaya (OKU).

“Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada kanak-kanak istimewa menjalani kehidupan seperti orang biasa selain memberi pengalaman dan ilmu baharu kepada mereka.

“Selain itu, ia turut memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap hak dan tanggungjawab ke atas komuniti yang memerlukan perhatian dan bantuan yang sewajarnya,” katanya menerusi Facebook.

Pada majlis serahan bantuan, Yang Dipertua MPHS Mohd Hasry Nor Mohd turut mendengar taklimat operasi PDK dan beramah mesra dengan anak-anak istimewa.


Pengarang :