Aksi pemain beregu wanita Malaysia Pearly Tan (kiri) dan Thinaah Muralitharan (kanan) sewaktu menentang pemain China Liu Xuan Xuan dan Xia Yu Ting pada perlawanan pusingan kelayakan Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 29 Jun 2022. Foto BERNAMA
AGENDASUKANKINI

Pearly-Thinaah lepasi halangan pertama Terbuka Malaysia

KUALA LUMPUR, 29 JUN: Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah melepasi halangan pertama selepas menyingkirkan Liu Xuan Xuan-Xia Yu Ting dari China pada perlawanan pusingan pertama kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2022, hari ini.

Pada perlawanan berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil, pasangan negara bermula sedikit goyah sebelum menamatkan set pertama dengan 22-20.

Bagaimanapun, Pearly-Thinaah yang mula selesa dengan gelanggang beraksi dengan lebih yakin menoktahkan kemenangan 21-13, untuk melangkah ke pusingan kedua.

Ketika ditemui pemberita, Pearly mengakui kurang gembira dengan corak permainan mereka terutama dalam menyesuaikan diri dengan gelanggang.

Pearly tekad untuk lebih garang dan bermain dengan lebih baik pada perlawanan seterusnya esok, berdepan sama ada pilihan ketujuh dari Thailand Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai atau Zhang Shu Xian-Zheng Yu dari China.

– BERNAMA


Pengarang :