Keadaan pusat penyembelihan ayam di Seksyen 3, Petaling Jaya yang ditutup serta-merta selepas dikesan beroperasi tanpa lesen pada 6 Ogos 2022. Foto Facebook MBPJ
PBTSELANGOR

Beroperasi tanpa lesen, pusat sembelihan ayam ditutup serta-merta

SHAH ALAM, 8 OGOS: Sebuah pusat penyembelihan ayam di Seksyen 3, Petaling Jaya ditutup serta-merta selepas dikesan beroperasi tanpa lesen Sabtu lalu.

Menurut Majlis Bandaraya Petaling jaya (MBPJ) premis itu juga melakukan kesalahan gagal mempamerkan sijil suntikan Typoid (Ty2), kotor dan tidak mematuhi sistem pembuangan sisa kumbahan.

“Tindakan tegas diambil dengan mengeluarkan notis penutupan serta-merta di samping kompaun bagi kesalahan premis kotor, tiada sijil suntikan Ty2 dan tiada lesen perniagaan yang sah,” tulisnya di Facebook.

Pemeriksaan premis dijalankan lima anggota Unit Penguatkuasaan Persekitaran, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran MBPJ selepas mendapat aduan penduduk.


Pengarang :