Orang ramai boleh menyemak dan membayar cukai, kompaun atau lesen di kaunter bergerak Majlis Perbandaran Kajang. Foto Facebook MPKj
PBTSELANGOR

MPKj buka kaunter bergerak bayaran kompaun, lesen, cukai pada Sabtu, Ahad

SHAH ALAM, 10 OGOS: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) akan mengadakan program kaunter bergerak bahagian hasil di dua lokasi pada hujung minggu ini.

Menurut MPKj kaunter berkenaan akan dibuka di Dewan Komuniti Semenyih sempena Karnival Merdeka Bebas Dadah 2022 yang berlangsung pada Sabtu ini.

Pada lokasi kedua pada Ahad ini pula ia akan diadakan di Balai Raya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Batu 13 Jalan Cheras.

“Bagi program di Dewan Komuniti Semenyih kaunter bergerak itu akan dibuka mulai jam 9 pagi hingga 1 tengah hari, manakala di Balai Raya MPPK Kampung Batu 13 ia akan beroperasi bermula jam 10 pagi hingga 6 petang,” katanya menerusi laman sesawang MPKj.

MPKj berkata diskaun ke atas fi notis dan waran tahanan turut ditawarkan kepada orang ramai sempena sambutan ulang tahun ke-25 atau Jubli Perak MPKj.

“Kempen ini berlangsung sejak 1 Januari lalu hingga 31 Disember depan,” katanya.


Pengarang :