Selangor Fruits Valley di Bestari Jaya menyediakan pelbagai daya tarikan kepada pengunjung yang ingin menikmati pelbagai jenis buah-buahan dan sayuran tempatan. Foto ihsan Tourism Selangor
AGENSISELANGOR

Selangor Fruits Valley tawar pakej petik buah, pengunjung boleh bawa pulang

SHAH ALAM, 12 OGOS: Orang ramai khususnya di negeri ini dipelawa menyertai aktiviti memetik buah jambu batu di Selangor Fruit Valley (SFV).

SFV menerusi perkongsian di Facebook berkata aktiviti itu adalah tarikan terbaharu yang ditawarkan kepada pengunjungnya.

“Selangor Fruit Valley ada tarikan baru buat anda semua. Anda boleh memetik buah sendiri di ladang kami dan membawanya pulang.

“Anda juga mesti gembira dapat mencipta pengalaman baru di Selangor Fruit Valley,” katanya.

Terletak di Bestari Jaya, SFV dibuka mulai jam 9 pagi hingga 4 petang pada setiap Sabtu hingga Khamis.

Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut boleh hubungi 012-3432971 atau 016-6880792 atau e-mel [email protected].


Pengarang :