Petugas Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) mengambil maklumat penduduk di Taman Bunga Raya, Hulu Selangor. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSISELANGOR

Zakat Selangor terus jejak asnaf, daftar 25 keluarga di Hulu Selangor

SHAH ALAM, 29 OGOS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengesan 25 asnaf baharu menerusi program Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) di Taman Bunga Raya, Hulu Selangor.

Agensi itu memaklumkan program yang dilaksanakan pad 25 Ogos lalu menyasarkan dua pangsapuri iaitu Pangsapuri Teratai dan Pangsapuri Kenanga.

“Program ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti calon asnaf baharu yang telah disenarai pendek oleh ketua-ketua blok dan amil kariah yang mempunyai tanggungan ramai dan berpendapatan kecil.

“Menerusi program ini seramai 25 daripada 42 ketua keluarga telah dikesan layak didaftarkan sebagai asnaf fakir miskin,” katanya menerusi Facebook.

Pada 22 Ogos lalu, Dato’ Menteri Besar berkata seramai 600 keluarga berjaya keluar daripada senarai asnaf antara Januari hingga Jun lalu dan tidak lagi memerlukan bantuan LZS.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, agensi itu turut memperuntuk RM69.3 juta tahun lalu menerusi program Zakat Selangor Peduli yang menyediakan 19 inisiatif bantuan.

 


Pengarang :