Orang ramai mendapatkan maklumat mengenai STDC pada program Jelajah Selangor Penyayang di Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya pada 24 Julai 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB pelawa lepasan SPM mohon pengajian teknikal tajaan Selangor

SHAH ALAM, 1 SEPT: Dato’ Menteri Besar mempelawa pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti Jelajah Pendidikan Selangor Penyayang yang bermula hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program anjuran Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) dan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) membabitkan lima lokasi di seluruh negeri.

“Pelajar lepasan SPM berminat boleh melawat Jelajah Pendidikan Selangor Penyayang STDC-TVET bermula hari ini yang menawarkan peluang belajar beserta biasiswa oleh Kerajaan Negeri.

“Inisiatif pendidikan ini merupakan antara usaha jaminan pekerjaan masa depan,” katanya di Instagram.

Mereka yang berminat perlu membawa salinan kad pengenalan diri dan ibu bapa serta salinan keputusan SPM.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-3281 2621 atau mesej ke aplikasi WhatsApp di 019-3424 1111.

Tarikh dan lokasi program seperti berikut:


Pengarang :