Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan Shah Alam On Wheels di lokasi tertentu pada hujung minggu untuk kemudahan orang ramai berurusan. Foto Facebook MBSA
PBTSELANGOR

Bayar cukai taksiran, kompaun MBSA di Lotus’s Setia Alam Sabtu ini

SHAH ALAM, 25 JAN : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan pejabat bergerak di pekarangan tempat letak kereta Lotus’s Setia Alam, Seksyen U13, Sabtu ini, mulai 11 pagi hingga 5 petang.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya berkata operasi Shah Alam On Wheels (SAOW) tersebut bertujuan memudahkan orang ramai berurusan pada cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Pejabat bergerak ini akan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan dan sebagainya.

“Melaluinya, MBSA berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan untuk manfaat masyarakat,” kata Shahrin Ahmad menerusi kenyataan hari ini.

MBSA menggunakan kaedah tersebut di beberapa lokasi sebelum ini sebagai pendekatan memudahkan urusan orang ramai termasuk pembayaran kompaun tertunggak.


Pengarang :