Seorang remaja menerima suntikan pelalian Covid-19 menerusi program Selvax Komuniti di Klinik Selcare, Seksyen 13 Shah Alam pada 3 November 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

15 Klinik Selcare tawar dos penggalak percuma, orang ramai disaran buat janji temu

Oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL

SHAH ALAM, 10 FEB: Sebanyak 15 rangkaian Klinik Selcare dan THE KL Clinic menawarkan dos penggalak Covid-19 secara percuma.

Ketua pegawai eksekutif Kumpulan Selgate Corporation mempelawa orang ramai mendapatkan dos penggalak itu di klinik berhampiran.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Selgate Corporation, Noor Hisham Mohd Ghouth bercakap kepada media ketika operasi saringan Covid-19 besar-besaran di kawasan zon merah seluruh Selangor pada 12 April 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Pemberian dos penggalak secara percuma masih diberikan di 15 rangkaian Klinik Selcare. Mereka yang ingin mendapatkan dos penggalak disaran membuat janji temu terlebih dahulu.

“Buat masa ini, dos pengalak ditawarkan Sinovac tetapi bagi mereka yang inginkan Pfizer perlu maklumkan terlebih dahulu,” kata Dato’ Noor Hisham Mohd Ghouth ketika dihubungi.

Bermula 7 Januari lalu, Kerajaan Negeri menyedia sehingga 200,000 dos vaksin Covid-19 termasuk suntikan pelalian bagi meneruskan program Selangor Vaksin (Selvax).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata jumlah itu merupakan sebahagian daripada baki 600,000 dos yang dibeli sebelum ini bertujuan melindungi masyarakat.

Berikut senarai rangkaian Klinik Selcare:

  • Klinik Selcare Unisel Shah Alam
  • Klinik Selcare Desa Mentari
  • Klinik Selcare Puchong
  •  Klinik Selcare Putrajaya
  •  Klinik Selcare Sentosa, Klang
  • Klinik Selcare Seksyen 13, Shah Alam
  • Klinik Selcare Skypark Subang
  • Klinik Selcare USJ Sentral
  • The KL Clinic Hap Seng 2
  • The KL Clinic KLO Station
  • The KL Clinic Menara Olympia
  • The KL Clinic Rohas Perkasa
  • The KL Clinic Sri Rampai
  • The KL Clinic UBN Tower
  • The KL Clinic Worldwide KL

Pengarang :