ADN Kota Damansara Shatiri Mansor menyampaikan bantuan Ihya Ramadan kepada wakil Surau Nurul Iman, Subang Suria pada 14 April 2023. Foto Facebook Shatiri Mansor
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Agihan bantuan Ihya Ramadan 68 rumah ibadat DUN Kota Damansara selesai

SHAH ALAM, 20 APRIL: Agihan bantuan Ihya Ramadan kepada 68 surau dan masjid di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara selesai sepenuhnya beberapa hari sebelum Syawal.

Ahli Dewan Negeri Shatiri Mansor berkata sumbangan tunai RM500 kepada setiap pusat ibadat itu membabitkan peruntukan keseluruhan RM34,000.

“Program ini merupakan tradisi raya setiap tahun. Lazimnya saya akan ke semua surau dan masjid untuk berjumpa dan beramah mesra dengan penduduk.

“Saya akan mengagih bantuan tunai kepada tiga surau dan masjid setiap malam. Jadi bantuan ini boleh digunakan bagi tujuan pengimarahan termasuk kegunaan lain sepanjang Ramadan,” katanya kepada Selangorkini.

Beliau menambah edaran 600 pek bubur lambuk turut dibuat kepada penduduk setempat selama 25 hari berturut-turut sepanjang bulan puasa.

“Semoga kerjasama dan hubungan baik bersama masyarakat berkekalkan sampai bila-bila. Terima kasih atas kerjasama semua menjayakan program Ihya Ramadan,” katanya.


Pengarang :