Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Jabatan Mufti Kelantan melakukan cerapan bagi melihat anak bulan untuk menetapkan tarikh 1 Syawal bagi menyambut Aidilfitri di Menara Perbadanan Kemajuan Iktisad (SEDC) pada 20 April 2023. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Malaysia sambut 1 Syawal pada Sabtu, 22 April

KUALA LUMPUR, 20 APRIL: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Sabtu, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Sabtu, 22 April 2023,” katanya.

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.

– BERNAMA

 


Pengarang :