Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama tetamu yang menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Selangor di Dataran Kompleks Sukan Pandamaran, Klang pada 21 Mei 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Rumah Terbuka Aidilfitri di setiap daerah mulai 28 April

SHAH ALAM, 20 APRIL: Program Jelajah Kita Selangor Aidilfitri anjuran Kerajaan Negeri akan menjelajah setiap daerah bermula minggu pertama sambutan hari raya pada 28 April.

Bermula di tapak pasar pagi Pekan Salak, Sepang, program yang dijadual berlangsung sehingga 14 Mei bakal diadakan selama tiga hari berturut-turut pada setiap minggu sepanjang Syawal.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dijadual berangkat ke majlis tersebut di Padang Taman Sri Kerayong, Klang pada 30 April.

Majlis yang merangkumi Rumah Terbuka Aidilfitri dan Rewang Sekampung itu juga bakal dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan pimpinan negeri.

Program berkenaan akan diteruskan di Padang Taman Awam Hulu Bernam di Hulu Selangor pada 29 April dan seterusnya di Tapak Agora Night Market, Taman Sri Nanding di Hulu Langat pada 5 Mei.

Jadual lengkap program seperti berikut:

 


Pengarang :