Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra dengan peniaga pada Majlis Rumah Terbuka DUN Taman Templer dan Parlimen Selayang di Dataran Ilmu Bandar Baru Selayang pada 20 Mei 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB meriahkan rumah terbuka DUN Taman Templer, Parlimen Selayang, 10,000 pengunjung hadir

Oleh AZIAN AZIZ

GOMBAK, 20 MEI: Lebih 10,000 pengunjung memeriahkan rumah terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer dan Parlimen Selayang di Dataran Ilmu Bandar Baru Selayang malam ini.

Majlis diserikan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar yang tiba pada jam 9.40 malam.

Dato’ Seri Amirudin Shari kemudian beramah mesra dengan pengunjung yang sebahagian besarnya merupakan warga Taman Templer dan Selayang.

Orang ramai menjamu selera pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Taman Templer dan Parlimen Selayang 2023 di Dataran Ilmu Bandar Baru Selayang pada 20 Mei 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Beliau kemudian berucap kira-kira 10 minit sebelum menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang.

Selepas menjamu selera Ahli Parlimen Gombak itu beredar untuk memenuhi jemputan rumah terbuka di Sungai Tua, Selayang dan Batu Caves.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada penerima pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Taman Templer dan Parlimen Selayang di Dataran Ilmu Bandar Baru Selayang pada 20 Mei 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Terdahulu pada majlis sama, Ahli Dewan Negeri Taman Templer Mohd Sany Hamzan dan Ahli Parlimen Selayang William Leong menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak.

Dua pemimpin itu turut menyampaikan hadiah cabutan bertuah yang disediakan untuk 80 pengunjung bertuah dengan hadiah utama berupa basikal bukit serta barangan elektrik.

Orang ramai mengambil minuman pada Majlis Rumah Terbuka DUN Taman Templer dan Parlimen Selayang di Dataran Ilmu Bandar Baru Selayang pada 20 Mei 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan kugiran Cedok Muzik dan Amir Sofaz.


Pengarang :