EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han mengendalikan jengkaut simbolik merasmikan majlis pecah tanah projek gelanggang futsal dan longkang di Taman Melur Ampang, Ampang Jaya pada 30 Mei 2023. Foto Ng Sze Han
EXCOSELANGOR

RM250,000 bina gelanggang futsal, longkang untuk kemudahan warga DUN Teratai

SHAH ALAM, 30 MEI: Kerajaan Negeri membelanjakan RM250,000 bagi menjalankan projek gelanggang futsal dan longkang di Taman Melur Ampang, Ampang Jaya.

EXCO kerajaan tempatan berkata kos menerusi Projek Selangor Penyayang berjalan serentak dalam masa terdekat bagi memudahkan penduduk beriadah dengan selesa.

“Gelanggang futsal menelan belanja hampir RM200,000 manakala RM50,000 untuk pembinaan longkang di sekeliling gelanggang itu.

“Penduduk sudah lama menantikan projek ini. Jadi menerusi matlamat Matlamat Pembangunan Mampan, kita mahu pastikan kesejahteraan penduduk dan menggalakkan gaya hidup sihat,” kata Ng Sze Han menerusi kenyataan hari ini.

Beliau yang juga penyelaras Dewan Undangan Negeri Teratai berkata kawasan berkenaan juga melaksanakan 13 lagi Projek Selangor Penyayang bagi kegunaan penduduk sekitar.

“Projek melibatkan sejumlah peruntukan antaranya merangkumi projek projek naik taraf infrastruktur, pengindahan landskap, dan mitigasi banjir,” katanya.


Pengarang :