Orang ramai membeli barangan keperluan asas sempena Jualan Mega Ehsan Rahmah di Taman Keramat pada 31 Mei 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/ SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan murah ayam, ikan, telur, beras di sembilan lokasi pagi ini

SHAH ALAM, 8 JUN: Program jualan murah barangan asas antaranya ayam, ikan, telur dan beras diteruskan ke sembilan lokasi hari ini, bermula 10 pagi.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan di pekarangan Masjid Al-Islah Kampung Nelayan (DUN Pelabuhan Klang), Seksyen 7 (DUN Sungai Ramal) Masjid Al-Bakarah (DUN Sentosa) dan Kedai Makan Tok Ramli Kampung Assam Jawa (DUN Bukit Melawati).

Lokasi lain di Taman Megah (DUN Balakong), Dewan Rozel MBSA Seksyen 6 (DUN Kota Damansara), Taman Muhibbah (DUN Sabak), Dewan Orang Ramai Kampung Seri Tiram Jaya (DUN Permatang) dan Dewan Orang Ramai Kampung Hulu Chuchoh (DUN Sungai Pelek).

Jualan bertujuan meringankan beban rakyat itu menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal beku (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Program kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu memanfaatkan lebih dua juta penduduk sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga awal Disember tahun lepas dengan nilai jualan melebihi RM16 juta.

Pada 31 Mei, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program tersebut yang sebelum ini dikenali Jelajah Ehsan Rakyat dilanjut hingga 1 September ini susulan sambutan menggalakkan orang ramai

PKPS juga menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri, baru-baru ini.


Pengarang :