MBSJ bergambar bersama penduduk ketika gotong-royong menghapuskan pembiakan Aedes. Foto Facebook Majlis Bandaraya Subang Jaya.
PBTSELANGOR

MBSJ gotong-royong bersama penduduk hapus pembiakan Aedes

Oleh AMIRUL FAZLI

SHAH ALAM, 29 JUN: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) mengadakan kempen Anti-Denggi secara bergotong-royong di beberapa kawasan perumahan.

MBSJ menerusi Facebook memaklumkan pihaknya antara kawasan yang terlibat ialah Zon 12, 4, 24 dan 2 pada 24 hingga 25 Jun lalu.

“Tujuan kempen ini untuk mengurangkan densiti vektor utama demam denggi iaitu nyamuk Aedes di lokaliti bekas wabak titik panas denggi.

“Kempen ini juga mewujudkan inisiatif advokasi membanteras denggi dan usaha mencegah wabak denggi di kawasan persekitaran,” katanya.

Pihak berkuasa tempatan itu juga mengambil inisiatif dengan memberikan pendidikan percuma kepada orang ramai berkaitan bahaya denggi di SMk Puchong Perdana.


Pengarang :