Penumpang beratur untuk mengimbas kod QR SELangkah dan MySejahtera sebelum menaiki bas di Hentian Akhir Bandar Seksyen 19, Shah Alam pada 7 Julai 2021. Bas Smart Selangor yang menjadi salah satu pengangkutan awam untuk membawa penumpang ke pusat pemberian vaksin (PPV). Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Bas percuma berjasa bawa mangsa bah, pesakit Covid-19 ke pusat kuarantin

SHAH ALAM, 20 JULAI: Bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila bas Smart Selangor mendapat sambutan hangat rakyat, lebih-lebih lagi dengan kos pengangkutan awam yang semakin tinggi.

Perkhidmatan bas yang dilancarkan sejak 2015 meliputi kesemua 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor, membabitkan 166 buah bas bagi 52 laluan aktif (sehingga September 2022).

Tambangnya juga percuma untuk warganegara manakala warga asing hanya dicaj 90 sen – jumlah yang masih jauh lebih rendah daripada tambang pengangkutan awam lain.

Selain menjadi pengangkutan harian, bas itu juga berjasa sebagai “kenderaan” yang membawa pesakit Covid-19 dan petugas kesihatan ke pusat kuarantin serta pusat pemberian vaksin (PPV).

Ketika Taman Sri Muda terjejas teruk akibat bah pada akhir 2021, laluan sementara bas Smart Selangor disediakan untuk memudahkan pergerakan penduduk sekitar.

Laporan lengkap berhubung kemudahan bas tersebut, yang memanfaatkan orang ramai boleh dibaca dan dimuat turun menerusi laman web amirudinshari.com.


Pengarang :