Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim berucap di hadapan ribuan peneroka Felda semperna Majlis sambutan Hari Peneroka Felda 2023 di Maeps Serdang pada 7 July 2023.Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Elak birokrasi percepat atasi isu kemudahan asas di Felda

SERDANG, 8 JULAI: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah diberi peranan luas untuk memastikan segala kemudahan di kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sentiasa terpelihara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kelonggaran tersebut bertujuan mempercepat usaha menangani perkara asas seperti lampu jalan dan tandas sekolah tanpa kerenah birokrasi.

“Dari segi peruntukan atau bidang kuasa, saya fikir boleh dilakukan beberapa perubahan yang diperlukan tanpa terikat dengan peraturan dan dasar lama.

“Kita tukar peraturan yang halang kementerian tersebut untuk masuk ke Felda supaya program berjalan lancar,” katanya.

Berucap dalam program sambutan Hari Peneroka di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini semalam, Anwar juga mengumumkan pelbagai bentuk bantuan kepada peneroka.

Beliau yang juga menteri kewangan menambah kepentingan masyarakat Felda akan diberi tumpuan khusus dalam Belanjawan 2024 yang dijadual dibentang pada Oktober depan.


Pengarang :