Warga FELDA bertepuk tangan mendengar ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Sambutan Hari Peneroka Felda di MAEPS Serdang pada 7 Julai 2023. Foto Twitter Amirudin Shari
AGENDANASIONALPILIHAN MINGGUAN

PM umum bantuan untuk peneroka, tingkat prasarana Felda

SERDANG, 7 JULAI: Pelbagai bantuan diumum perdana menteri bagi mempertingkat mutu kehidupan dan menjaga kebajikan peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di seluruh negara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan menjelaskan kemudahan tersebut meliputi aspek prasarana, kesihatan, pendigitalan dan perumahan.

Dalam pengumuman khas sempena sambutan Hari Peneroka Felda, beliau turut memansuhkan 80 peratus hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion melalui penstrukturan semula pinjaman.

“Jumlah ini besar, apatah lagi hutang negara cecah RM1.5 trilion tetapi saya mahu bela nasib peneroka,” katanya dalam program di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini hari ini.

Berikut insentif yang diluluskan:

  • projek pemasangan 37,012 lampu jalan di seluruh kawasan Felda melalui peruntukan RM7.7 juta melibatkan kesan kewangan RM7.7 juta setahun
  • Membina 12 pusat hemodialisis di semua kawasan Felda termasuk yayasan di Kelana Jaya melalui dana RM21 juta yang memanfaat 2,000 pesakit
  • Subsidi diesel RM36 juta setahun bagi menampung operasi penjanaam tenaga dan rawatan air yang memanfaatkan 43,000 peneroka selain RM128 juta di Sabah
  • Insentif khas kesihatan RM300 untuk peneroka berusia 65 tahun ke atas melalui dana RM21.21 juta yang memanfaat 70,715 peneroka
  • Menyediakan peruntukan bagi menyegerakan baki 283 unit Perumahan Generasi Baharu Felda yang terbengkalai
  • Menyediakan 30 pusat ekonomi digital di seluruh negara dan mengadakan program jangka panjang Kolej Yayayasan Felda di Kelana Jaya
  • Mempertimbang usaha drastik bagi membantu peneroka getah beralih ke tanaman komoditi antaranya sawit dan kelapa

Pengarang :