AGENDANASIONAL

Jualan Agro Madani di Sekinchan esok, tawar produk segar 30 peratus lebih murah

Oleh JULIANA JOHAR

SHAH ALAM, 17 JULAI: Orang ramai dipelawa menghadiri program Jualan Agro Madani di MSekin Wonderland, Sekinchan pada jam 9 pagi, esok.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata jualan menawarkan produk segar dan barang kawalan dengan penjimatan sehingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

Jualan sempena Majlis Sentuhan Agro Madani peringkat Selangor menawarkan pelbagai barangan antaranya termasuklah sayur, buah-buahan, ayam, telur, ikan dan daging.

Program anjuran bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM),

Majlis Sentuhan Agro Madani peringkat Selangor pula bertujuan untuk menyantuni dan mengumpulkan golongan sasar iaitu warga peladang, penternak dan nelayan bagi memantapkan pembangunan negara berteraskan konsep Malaysia Madani.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan hadir bagi merasmikan program tersebut.


Pengarang :