Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra dengan orang ramai ketika menghadiri Karnival Perpaduan Madani Kita Selangor di Laman Niaga, Bandar Baru Bangi pada 7 Julai 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Karnival madani meriah, pamer 30 rerurai promosi program kebajikan negeri

HULU LANGAT, 7 JULAI: Dato’ Menteri Besar meluangkan masa kira-kira 30 minit di Karnival Perpaduan Malaysia Madani Kita Selangor di sini, hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari turut melawat kira-kira 30 reruai yang mempromosi insiatif negeri di Laman Niaga Bandar Baru Bangi di sini sambil beramah mesra bersama pengunjung yang hadir.

Amirudin dalam temubual secara langsung bersama Selangor FM berkata karnival berkenaan memberi peluang kepada rakyat terutama di kawasan Bangi dan sekitarnya untuk mendapatkan maklumat program yang disediakan negeri.

“Alhamdulillah ini semangat Kita Selangor yang sebati dengan masyarakat daripada pelbagai lapisan kelompok dan golongan di Selangor,” katanya hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra dengan orang ramai ketika menghadiri Karnival Perpaduan Madani Kita Selangor di Laman Niaga, Bandar Baru Bangi pada 7 Julai 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI

Karnival bermula jam 3 petang itu berlangsung meriah dan orang ramai tidak melepaskan peluang menikmati inisiatif disediakan Kerajaan Negeri termasuk pemeriksaan kesihatan secara percuma di reruai Selangor Saring.

Orang ramai juga tidak melepaskan peluang membeli barangan keperluan seperti ayam, telur, beras, ikan, minyak dan daging yang dijual murah sehingga 30 peratus dari harga pasaran di Jualan Mega Ehsan Rahmah di sini.

Sementara itu Ketua Tanggungjawab Sosial dan Komunikasi Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Ahmad Azri Zainal Nor berkata sebanyak 1,000 kupon Platform Selangor (PLATS) Rahmah bernilai RM5 diagih kepada pengunjung karnival berkenaan.

“Ia boleh digunakan untuk membeli makanan dan minuman yang disediakan di bazar di karnival ini,” katanya.

Selain Selangor Saring itu turut disediakan adalah reruai Skim Mesra Usia Emas dan Skim Insurans Am Selangor (INSAN).

Orang ramai mengambil melawat pameran di tapak Karnival Perpaduan Madani Kita Selangor di Laman Niaga, Bandar Baru Bangi pada 7 Julai 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI

Pengarang :