EXCOSELANGOR

Orang ramai dipelawa sertai program penjagaan wajah percuma di Bukit Naga Ahad ini

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 12 JULAI: Orang ramai dipelawa menyertai program Remaja dan Wanita Pengguna Arif anjuran Jawatankuasa Pengguna Selangor di Dewan Tulip MBSA Bukit Naga pada 16 Julai.

Pengasas produk The Pastel Shop Sarini Zainal Abidin dibawa khas bagi berkongsi saranan penjagaan wajah dan kulit yang sihat selain kesedaran tentang pemilihan produk yang sesuai.

Bermula 8 pagi hingga 1 tengah hari, program percuma anjuran bersama Pertubuhan Anak Komuniti Keluarga Malaysia akan dirasmikan EXCO Pengguna dan Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Setiap peserta bakal menerima kit produk penjagaan kulit dan sijil penyertaan. Mereka yang berminat untuk menyertai program ni boleh mengisi borang pendaftaran di pautan forms.gle/beW1opPFUMi31Lsp9


Pengarang :