Jentera Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) memasang bendera di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerang, Ayer Hitam sempena pilihan raya negeri Johor ketika tinjauan pada 3 Mac 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKIN
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

PRN Selangor: MB pertahan DUN Sungai Tua

SHAH ALAM, 22 JULAI: Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua dalam pilihan raya negeri (PRN).

Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam program di Padang MBSA Seksyen 7 di sini malam ini turut mengumumkan sebahagian besar senarai calon parti semua negeri yang terlibat dalam PRN pada 12 Ogos.

Berikut senarai nama calon di Selangor:

Berikut merupakan senarai nama calon KEADILAN Selangor:

Permatang – Mohd Yahya Sahri (muka baharu)
Bukit Melawati – Thiban Subramaniam (muka baharu)
Ijok – Amidi Abdul Manan (muka baharu)
Rawang – Chua Wei Kiat (penyandang)
Sungai Tua – Amirudin Shari (penyandang)
Hulu Kelang – Juwairiya Zulkifli (tukar kawasan)
Bukit Antarabangsa – Kamri Kamarudin (muka baharu)
Lembah Jaya – Altimet (muka baharu)
Kajang – David Cheong (muka baharu)
Seri Setia – Dr Mohammad Fahmi Ngah (muka baharu)
Taman Medan – Ahmad Akhir Pawang Chik (muka baharu)
Bukit Lanjan – Phua Pei Lei (muka baharu)
Paya Jaras – Khairuddin Othman (penyandang)
Kota Damansara – Aidi Amin (muka baharu)
Kota Anggerik – Mohd Najwan Halimi (penyandang)
Sementa – Erni Afrishah Azizi (muka baharu)
Pelabuhan Klang – Azmizam Zaman Huri (penyandang)
Sentosa – Dr. Gunaraj George (penyandang)
Sungai Kandis – Zawawi Mughni (penyandang)
Tanjong Sepat – Borhan Aman Shah (penyandang)

Hari penamaan calon PRN Selangor dan lima negeri lain, ditetapkan pada 29 Julai ini. Hari mengundi pula pada 12 Ogos.

PRN ini melibatkan 56 DUN di Selangor, Pulau Pinang (40), Negeri Sembilan (36), Kedah (36), Kelantan (45) dan Terengganu (32).

BN akan bertanding di 108 kerusi DUN bagi PRN di enam negeri bulan depan.


Pengarang :